1.0
PENGENALAN
“Wacana” berasal daripada perkataan bahasa Jawa “wocono”. “Wocono” pula
daripada “woco” yang bermaksud “baca”. Dalam bahasa Inggeris, “discourse”
berasal daripada bahasa Latin “discursus” yang bermakna “larian ke dan dari”.
Menurut Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji.
Tetapi, pada umumnya, wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan
ayat yang terpisah-pisah.
Wacana dan teks digunakan saling
bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar
daripada ayat. Dan, wacana, menurut beliau lagi, merujuk kajian tentang unit
tersebut, cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain, seperti
morfologi atau sintaksis.” (Sanat Md. Nasir, Pengupayaan Tatabahasa Wacana
Bahasa Melayu di Malaysia dan Singapura dalam “dan” dan “tetapi” dari
Sudut Tatabahasa Wacana (2012:21).
1.1 Konsep Wacana
Sebenarnya, wacana merangkumi keseluruhan aspek komunikasi, sama
ada melibatkan mesej atau teks, pengucapan, penerimaan serta situasi konteks
(Mohd. Sidin, 1999). Malahan, ada sesetengah pengkaji menganggap buah fikiran
juga sebagai wacana. Fairclough (2003, dalam Idris Aman, 2010) mentafsirkan
wacana sebagai pandangan khusus tentang bahasa penggunaan sebagai satu unsur
kehidupan sosial yang berkait rapat dengan unsur lain. Hal ini bermakna wacana
berkait rapat dengan kehidupan sosial kerana digunakan dalam komunikasi.
Menurut
Henry Guntur Tarigan, wacana merupakan satuan bahasa yang terlengkap dan
tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi
tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang disampaikan
secara lisan atau tertulis.
Asmah Haji omar pula, mendefinisikan wacana sebagai unit
bahasa yang melebihi batas ayat. Hal ini bermakna, wacana boleh terdiri
daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku dan sebagainya. Menurut Mohd Rashid Md Idris et al.
dalam Analisis Wacana (2012: 104) analisis wacana merujuk kepada usaha mengkaji
organisasi bahasa yang melampaui peringkat ayat dan klausa. Wacana merupakan
rakaman kebahasaan yang menyentuh tentang peristiwa komunikasi.
Berdasarkan definisi yang
dikemukakan, terdapat persamaan berkaitan definsi wacana. Secara tuntasnya,
wacana merupakan unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang
unit tersebut, yakni tertinggi dalam tatatingkat bahasa. Oleh sebab wacana
ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam
pelbagai bentuk.
1.2
Konsep Penanda Wacana
Menurut Awang
Sariyan (1991), penanda wacana merujuk kepada kata atau frasa perangkai ayat.
Penanda wacana terdiri daripada dua jenis, iaitu yang melanjutkan maklumat atau
gagasan, selain menunjukkan pertentangan maklumat atau gagasan. Roselan Baki
(1994) pula menyatakan bahawa penanda wacana boleh digunakan dalam dua situasi,
iaitu menghubungkan dua ayat menjadi satu ayat atau menghubungkan satu
perenggan dengan satu perenggan yang lain. Oleh sebab itu, penggunaan penanda
wacana dalam ayat akan membentuk perkaitan antara ayat dengan ayat atau antara
ayat dengan ayat yang sebelumnya. Nik Safiah Karim et.al. (1994) pula mendefinisikan penanda wacana sebagai perkataan
berfungsi untuk menghubungkan dua atau lebih daripada dua ayat sehingga menjadi
satu bentuk ayat berlapis yang disebut sebagai ayat majmuk..
Penanda wacana dibahagikan kepada
dua jenis, iaitu melanjutkan maklumat atau gagasan dan menunjukkan pertentangan
maklumat dan gagasan. Contoh penanda wacana daripada jenis yang melanjutkan
gagasan atau maklumat ialah seperti di samping itu, selain itu, sementara itu,
dengan hal demikian, dengan kata lain, oleh itu, selanjutnya, tambahan pula,
demikian juga dan singkatnya. Contoh penanda wacana yang menunjukkan
pertentangan gagasan atau maklumat pula seperti namun, walau bagaimanapun,
meskipun demikian dan sebaliknya.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini akan menerapkan kerangka analisis wacana berkaitan dengan ciri
wacana, iaitu penanda wacana melalui Model Henry Guntur Tarigan (1995) berdasarkan
kepada cerpen “Kembalilah Mama”. Oleh
itu, pemerhatian akan dilakukan terhadap fungsi bahasa dan dimensi makna yang
wujud dalam sesebuah wacana iaitu hubungan dan tekstual. Fungsi hubungan
merujuk kepada cara hubungan sosial antara subjek dilakukan dan dikendalikan,
manakala fungsi tekstual merujuk kepada maklumat linguistik dan situasi sosial
di luar teks.
Secara ringkas, aspek pemerihalan
bertujuan menjawab soalan ‘apa’ tentang wacana yang melihat wacana dari aspek
bentuk dan struktur binaan teks. Aspek penjelasan pula bertujuan menjawab
soalan ‘mengapa’. Pada aras ini hubung kait antara teks dengan masyarakat
pengguna teks berkenaan akan ditafsir disebabkan oleh pelbagai faktor yang
menyebabkan sesuatu wacana wujud dan digunakan oleh masyarakat. Oleh itu, dapat
dikatakan bahawa kajian ini tidak terikat kepada konteks pemikiran semata-mata
tetapi saling berhubung dengan konteks yang melatarinya.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang dijalankan ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal
pasti jenis-jenis penanda wacana dalam cerpen “Kembalilah Mama” berdasarkan model Henry Guntur tarigan 1995.
2. Menganalisis
penanda wacana dalam ayat cerpen “Kembalilah
Mama” berdasarkan model Henry Guntur tarigan 1995.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mendapatkan jawapan bagi beberapa persoalan
seperti berikut:
1. Apakah jenis-jenis penanda wacana
yang terdapat dalam cerpen Kembalilah
Mama berdasarkan model Henry Guntur tarigan 1995?
2. Apakah penanda wacana yang wujud
berdasarkan cerpen Kembalilah Mama berdasarkan
model Henry Guntur tarigan 1995?
5.0 BATASAN KAJIAN
5.1 Bidang Kajian
Tumpuan kajian ini hanya pada salah satu aspek komponen ciri wacana,
iaitu penanda wacana berdasarkan Model Henry Guntur Tarigan (1995). Bahan yang
digunakan dalam kajian ini adalah berupa bahan bertulis, iaitu cerpen Kembalilah Mama. Sebanyak 150 ayat yang dipilih
untuk dianalisis. 150 ayat tersebut diambil pada bahagian awal cerpen.
5.2 Bahan Kajian
Bahan kajian yang
dipilih berdasarkan Antologi Cerpen Anak Bumi. Antologi Cerpen ini merupakan
siri karya Anugerah Persuratan Singapura. Siri karya ini merupakan gabungan
cerpen-cerpen yang dihasilkan pada tahun 1993 hingga 2001. Antologi cerpen ini
merupakan keluaran jilid 1 pada tahun 2003. Bahan kajian ini merupakan keluaran
Majlis Bahasa yang dicetak oleh Future Print Pte Ltd.
Antologi Cerpen Anak Bumi mempunyai
255 halaman muka surat yang menghimpunkan 25 cerpen yang telah memenangi Hadiah Persuratan dan Hadiah
Penghargaan dalam Anugerah Persuratan dalam semua tahun penilaian tersebut, termasuk
juga tiga buah cerpen yang telah memenangi Hadiah dalam Sayembara Sastera yang
diadakan oleh MBMS sempena Anugerah Persuratan 1993. Antologi 25 cerpen ini dihasilkan
oleh 15 orang penulis, 11 orang penulis lelaki dan empat orang penulis wanita, yang
terdiri mempunyai latar usia, pendidikan, pekerjaan dan pengalaman yang
beraneka.
Di dalam antologi cerpen ini terdapat beberapa cerpen
yang dihasilkan mengikut tahun. Cerpen Kembalilah
Mama ini ditulis dan diterbitkan pada tahun 2001. Cerpen ini merupakan
hasil karya daripada Maya M. J atau nama sebenarnya ialah Wan Jumaiah Bt Mohd
Jubri. Cerpen Kembalilah Mama ini hanya mempunyai 7 muka surat.Cerpen Kembalilah Mama di dalam Antologi Cerpen
Anak Bumi ini bermula pada halaman 202 hingga 208 muka surat. Cerpen ini
dipilih kerana penulis ingin menonjolkan aras pemikiran kanak-kanak yang
berusia 5 tahun yang mendapat kesan ekoran keretakan rumah tangga ibu dan
bapanya. Selain itu,cerpen ini juga mempunyai jalan cerita yang menarik dan
juga aras bahasa yang tidak terlalu tinggi dan sesuai semua pembaca.
5.3 Model Kajian
Model yang
dipilih dalam menghasilkan kajian ini ialah model Henry Guntur Tarigan (1995).
Beliau telah menghimpunkan penanda wacana kepada beberapa jenis, iaitu seperti
berikut:
i.
Adversatif
ii.
Kausal
iii.
Koordinatif
iv.
Korelatif
v.
Subordinatif
vi.
Temporal
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian ialah kaedah-kaedah yang digunakan
dalam menghasilkan kajian ilmiah ini. Metodologi kajian ini merupakan sistem
yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan di dalam sesuatu penyelidikan
yang dijalankan.
6.1
Kaedah Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan. Kajian
kepustakaan merupakan kaedah yang terpenting dalam mendapatkan sesuatu hasil
kajian. Kaedah kajian kepustakaan ini juga dikenali sebagai tinjauan pustaka.
Kaedah kepustakaan ini merupakan kaedah yang memerlukan tahap pembacaan yang
banyak. Seseorang perlu memperbanyakkan bahan bacaan. Kaedah ini bertujuan
sebagai tinjauan dalam mengumpulkan data yang diperoleh daripada novel.
Pengkaji
menggunakan kaedah menganalisis teks secara kualitatif. Analisis teks ini
merupakan kaedah untuk mengumpulkan data berdasarkan cerpen yang dipilih, iaitu
antologi cerpen “Kembalilah Mama”.
Data akan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Hal ini demikian kerana untuk
memudahkan proses penerangan dan penjelasan.
7.0
SINOPSIS CERPEN KEMBALILAH MAMA
Cerpen “Kembalilah
Mama” merupakan karya daripada Wan Jumaiah bt Mohd Jubri atau nama penanya
Maya M. J. Cerita ini digarapkan oleh penulis melalui watak aku yang baru menginjak usia lima tahun.
Penulis memberi gambaran bahawa aku
mempunyai keluarga yang lengkap kerana mempunyai papa, mama, seorang kakak dan
seorang abang. Cerpen ini mengisahkan sebuah keluarga yang mengalami masalah
kepincangan kekeluargaan akibat daripada sikap papa yang sering memukul mama.
Walaupun aku masih kecil tetapi dia
sering melihat mamanya didera oleh papa. Pada satu hari, pihak sekolah telah
menelefon mama kerana anak lelakinya bergaduh sehingga menyebabkan seorang
budak lelaki pengsan dan terpaksa dibawa ke hospital. Hal ini demikian kerana
anak lelakinya sering melihat bapanya memukul mama. Setelah pulang dari
sekolah, mama keletihan dan terus tertidur sehingga papa pulang dari kerja. Aku melihat pergaduhan tersebut berlaku
dan secara tiba-tiba aku melihat
jasad mama terbaring lesu tidak bergerak dan papa menangis teresak-esak.
Jirannya datang untuk memberi pertolongan dan memberitahu mama telah meninggal
dunia. Pemikiran budak yang berusia lima tahun menanggap kehidupan seperti di
kaca televisyen. Dia berpendapat bahawa sesuatu watak yang ditonton di kaca
televisyen akan hidup kembali sekiranya mati. Oleh itu, dia berharap agar
mamanya akan kembali walaupun kakaknya telah menyatakan mamanya telah meninggal
dunia.
8.0 DAPATAN KAJIAN
8.1 Analisis Kualitatif
1.
ADVERSATIF
Merupakan
penanda wacana yang menyatakan makna yang berhubungan dengan pertentangan dan
perbezaan.
a.
Adversatif
pertentangan : bahkan, akan, tetapi,
namun
Contoh ayat :
A.85
Aku cuba menggerakkan mama dengan sepenuh tenagaku, tetapi mama tak mahu bangun.
A.125
Abang menutup telingaku, tetapi aku
masih dapat mendengar barang yang dihempas.
A.130
Aku tidak menyukai akan sikap papa
yang sering memukul mama.
Berdasarkan ayat di atas, penanda
wacana tetapi wujud dalam contoh A.85
dan A.125, manakala penanda wacana akan
pula wujud pada ayat A.130. kedua-dua contoh tersebut merupakan penanda wacana
yang menunjukkan pertentangan.
b.
Adversatif perbandingan : sedangkan
Contoh
ayat :
A.106
Aku bergegas ke bilik abang, sedangkan kakak
masih berada di dapur.
Berdasarkan ayat
A.106 di atas, penanda wacana sedangkan
ini wujud bagi menunjukkan perbandingan ayat sesuatu perkara dengan perkara
yang lain.
c.
Adversatid
perbezaan : sebaliknya,padahal
Contoh ayat :
A.145 Aku lihat
kakak dan abang menangis,sebaliknya
papa terdiam.
Berdasarkan
contoh pada A.145, penanda wacana sebaliknya
ini telah menunjukkan perbezaan di dalam ayat tersebut. Pengarang ingin
menggambarkan situasi yang berbeza di dalam ayat. Oleh itu, pengarang tidak
perlu menghuraikan dengan lebih mendalam kerana penggunaan penanda wacana
tersebut sudah dapat menyampaikan isi yang hendak di cerita kepada pembaca.
Jenis
Adversatif
|
Ayat
|
Pertentangan
|
A85, A125 , A130
|
Perbandingan
|
A106
|
Perbezaan
|
A145
|
Dalam jadual di
atas, penggunaan penanda wacana
adversatif dalam cerpen “kembalilah mama” terdapat tiga jenis iaitu
jenis adversatif pertentangan, adversatif perbandingan dan adversatif
perbezaan. Analisis dapatan yang diperoleh dalam cerpen “kembalilah mama”
penggunaan adversatif pertentangan terdapat tiga pengarang menggunakan dalam
ayat 85, ayat 125 dan ayat 130.Penggunaan Adversatif jenis perbandingan hanya
digunakan sekali sahaja iaitu dalam ayat
106 manakala penggunaan adversatif jenis perbezaan juga hanya sekali digunakan
dalam cerpen tersebut dalam ayat 145.
2.
KAUSAL
Merupakan
penanda wacana sebab atau kausal iaitu menjelaskan bahawa sesuatu peristiwa itu
terjadi kerana mempunyai sebab yang tertentu. Jika subjeknya itu adalah sebab,
maka predikatnya merupakan akibatnya. Mempunyai beberapa jenis iaitu:
a.
Kausal syarat :
jika, bila, kalau
Contoh ayat :
A.30
Abang menolak bila aku cuba
memeluknya.
A.35
Mama akan dipukul oleh papa jika
tidak menuruti kehendaknya.
Berdasarkan
contoh ayat yang diberikan pada A.30 dan A.35, menunjukkan penanda wacana
syarat. Hal ini demikian kerana pengarang menggunakan penanda wacana cuba
dan jika ini bagi menjelaskan syarat
bagi sesuatu perkara.
b.
Kausal alasan :
kerana,sebab
Contoh
ayat :
A.7
Mama suruh aku bermain dengan Wati dulu, sebab mama nak berbual dengan Mak Cik Eton.
A.45 Aku tak tahu apa yang harus dimarahkan kerana
kata kakak, abang yang memulakan pergaduhan itu.
Berdasarkan ayat
A.7 dan A.45 penanda wacana sebab dan
kerana ini menunjukkan penyebab
kepada sesuatu situasi yang berlaku. Pengarang hanya menggunakan penanda wacana
ini dalam menyatakan alasan mengapa sesuatu perkara itu terjadi.
d.
Kausal
kesimpulan :jadi,dengan demikian
Contoh ayat :
A.78 Aku tidak mahu ada ujian seperti kakak dan mama jadi aku lebih seronok menonton
televisyen.
Berdasarkan
contoh ayat A.78, pengarang menggunakan
penanda wacana jadi bagi menyimpulkan
sesuatu perkara. Oleh itu, pengarang hanya menggunakan penanda wacana jadi ini sahaja tetapi pembaca sudah
dapat mengetahui kesimpulan kecil bagi ayat tersebut.
e.
Kausal akibat :sehingga,
maka, kerana itu,sebab itu.
Contoh ayat:
A.79 Sekiranya
aku dewasa kelak,maka aku akan
menerima nasib yang sama seperti mama.
A.6 Seharusnya
hari ini semua orang ceria kerana hari adalah hari lahirku.
Berdasarkan
contoh ayat yang diberikan pada A.79 dan A.6 menunjukkan pengarang menggunakan kerana dan maka bagi menunjukkan kesan akibat daripada sesuatu perkara itu
berlaku.
Jenis Kausal
|
Ayat
|
Syarat
|
A30,A35
|
Alasan
|
A7,A45
|
Kesimpulan
|
A78
|
Akibat
|
A79,A6
|
Berdasarkan
jadual di atas,analisis penanda wacana jenis kausal juga digunakan dalam cerpen
“kembalilah mama”.Penggunaan penanda wacana kausal terdapat 4 jenis iaitu
syarat ,alasan,kesimpulan dan akibat. Penggunaan jenis kausal syarat
menggunakan cuba dan jika dapat dikesan dalam ayat 30 dan ayat 35 manakala
jenis kausal alasan terdapat dalam ayat tujuh dan ayat 45 yang menggunakan
perkataan kerana dan sebab.
Analisis jenis
jenis kausal kesimpulan pula terdapat satu sahaja penggunaan dalam ayat 78 yang
menggunakan perkataan jadi. Kausal jenis
akibat juga digunakan sebanyak dua kali dalam cerpen ini iaitu dalam ayat 6 dan
ayat 79 yang menggunakan perkataan maka
dan kerana. Secara keseluruhan ,penggunaan penanda wacana kausal terdapat tujuh
kali dalam cerpen “kembalilah mama”.
3. KOORDINATIF
Merupakan
penanda wacana yang menghubungkan dua unsur sintaksis atau kata atau lebih di
dalam sesuatu ayat yang memiliki kedudukan yang setara atau mempunyai status
yang sama baik unsur itu klausa,kata atau frasa. Mempunyai beberapa jenis iaitu
:
a. Dan
Merupakan
penanda wacana yang menghubungkan penanda hubungan penambahan antara kata di
dalam ayat.
Contoh
ayat :
A.8
Aku ke taman berdekatan dan bermain
buaian bersama wati.
A.25 Aku dan mama
bergegas ke sekolah abang sejurus mendapat panggilan daripada kakak.
Ayat A.8 dan
A.25 di atas menunjukkan penanda wacana dan.
Pengarang menggunakan penanda wacana dan ini sebagai menghubungkan dua ayat
yang sama maksudnya. Apabila pengarang hanya menggunakan penanda wacana ini,
pembaca sudah faham tentang maksud yang ingin disampaikan oleh pengarang.
b. Serta,dah
Menandakan
hubungan pendamping antara kata di dalam ayat.
Contoh
ayat :
A.50 Mama keluar daripada pejabat serta ditemani pengetua,seorang lelaki
tua berkulit gelap.
A.97“ Nina dah
makan, sayang?”
Berdasarkan
contoh ayat pada A.50 penanda wacana yang wujud di dalam ayat tersebut ialah serta yang menunjukkan pendamping antara
ayat dan pada A.97 pula penanda wacana yang wujud ialah dah yang juga menunjukkan sampingan bagi kata dan ayat tersebut.
Pengarang menggunakan penanda wacana pendamping ini bagi meringkaskan perkataan
di dalam ayat tersebut.
c. Atau
Merupakan
penanda hubungan pemilihan dalam suatu ayat atau tulisan.
Contoh
ayat :
A.73 Aku
tak kenal siapa atau apa itu nafkah.
Contoh A.73
penanda wacana atau ini merujuk
kepada pilihan di dalam ayat. Pengarang turut menggunakan penanda wacana atau
ini bagi menunjukkan terdapat dua pilihan di dalam ayat, tetapi dalam masa yang
sama konteks yang hendak di sampaikan adalah sama.
e. Sedangkan dan
Melainkan
Merupakan
penanda hubungan pertentangan antara kalimat atau kata.
Contoh
ayat :
A.149 Sikap baran papa tiada siapa yang boleh
mengubah,melainkan papa sendiri yang
mengubahnya.
A.100 Mama sering dipukul oleh papa, sedangkan mama menurut segala kehendak
papa.
Berdasarkan
A.149 penanda wacana yang wujud di dalam ayat tersebut ialah melainkan
Jenis
Koordinatif
|
Ayat
|
Dan
|
A8,A25
|
Serta,Dah
|
A50,A97
|
Atau
|
A73
|
Padahal,
Sedangkan, Melainkan
|
A149,A100
|
Hasil yang kami
dapat dalam cerpen “kembalilah mama” penanda wacana jenis koordinatif terdapat tujuh kali penggunaannya.
Misalnya,jenis koordinatif yang menggunakan perkataan “dan” dapat dikesan dalam
ayat lapan dan ayat 25. Jenis koordinatif yang menggunakan perkataan serta dan
dah terdapat 2 kali penggunaan iaitu dalam ayat 50 dan ayat 97.Contoh jenis
koordinatif atau pula dapat dikesan dalam ayat 73 dan jenis koordinatif yang
menggunakan perkataan melainkan dan sedangkan terdapat dalam ayat 100 dan ayat
149
4. KORELATIF
Merupakan penanda
wacana yang terdiri kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh salah satu kata,
frasa atau klausa yang dihubungkan.
Turut menyatakan hubungan perlawanan dan juga mempunyai hubungan yang
saling mempengaruhi dan melengkapi antara satu sama lain.
( semakin…semakin, tidak hanya…tetapi juga,
sehingga…demikian, baik…mahupun dan sehingga…demikian rupa dan entah )
Contoh
ayat :
A.120 Entah hidup entah mati kawan yang abang pukul itu.
A.117 Semakin
mama melawan, semakin papa naik
berang.
Berdasarkan
contoh A.120 penanda wacana entah...entah
digunakan di dalam ayat dan A.117 pula penanda wacana semakin...semakin digunakan di dalam ayat. pengarang menggunakan
penanda wacana ini sebagai penanda wacana yang menunjukkan berpasangan.
Jenis
Korelatif
|
Ayat
|
semakin…semakin,
tidak
hanya…tetapi juga, sehingga…demikian, baik…mahupun dan sehingga…demikian rupa
dan entah…entah
|
A117
-
-
-
-
A120
|
Seterusnya ialah
penanda wacana koleratif juga digunakan oleh pengarang dalam cerpen “kembalilah mama” tetapi cuma sedikit
yang digunakan. Misalnya ,ayat yang menggunakan penanda jenis korelatif dalam ayat 117 yang menggunakan perkataan
semakin..semakin dan ayat 120 yang menggunakan perkataan entah. Hasilnya,terdapat
2 sahaja penggunaan penanda jenis korelatif jenis ini.
5. SUBORDINATIF
Merupakan penanda
wacana yang menghubungkan dua unsur sintaksis yang merupakan klausa dan tidak
memiliki status yang sama atau tidak sama tarafnya.Terdapat beberapa jenis
iaitu:
a. Penanda
hubungan waktu
( sejak, semenjak, ketika, sementara,
begitu, selama, demi, setelah,sesudah, sebelum
hingga, sampai. )
Contoh
ayat :
A.20 Mama menjadi seorang yang pendiam semenjak
sikap papa yang semakin melampau.
A.26 Selama
ini mama memendamkan perasaannya sehingga satu tahap mama tidak lagi
kuat.
Berdasarkan A.20
penanda wacana wujud dalam ayat tersebut ialah semenjak manakala pada A.26 penanda wacana sehingga juga menunjukkan ayat yang menghubungkan waktu. Pengarang
menggunakan penanda wacana ini sebagai penghubung waktu dan masa.
b. Penanda
hubungan sebab
(
bahawa, kerana,oleh kerana, oleh sebab )
Contoh
ayat :
A.52Aku cuba
menerangkan bahawa hari ini ialah hari lahirku, tapi mama
mencelah.
Berdasarkan A52 bahawa merupakan penanda wacana yang
menghubungkan sebab sesuatu perkara. Hal ini menunjukkan pengarang menggunakan bahawa ini untuk menerangkan sesuatu
perkara ke arah sebab sesuatu perkara berlaku.
c. Penanda Pengandaian
( andaikan,seumpamanya,
sekiranya,seandainya,seolah-olah,seperti,sebagai,ibarat )
Contoh
ayat :
A.110 Pergaduhan
itu tidak akan berlaku sekiranya
abang tidak melihat sikap papa yang selalu memukul mama.
Berdasarkan ayat
di atas, A.110 mempunyai penanda wacana sekiranya. Pengarang menggunakan
penanda wacana ini sebagai tujuan untuk mengandaikan atau memberikan persamaan
dan ibarat bagi sesuatu perkara itu terjadi.
d. Penanda hubungan syarat
(
jika,kalau,jikalau,asalkan,bila,manakala)
Contoh ayat :
A.76 Kalau begitu
tanggungjawab perempuan, aku tak mahu dewasa.
Berdasarkan contoh pada A.76, penanda wacana kalau ini menunjukkan hubungan syarat.
Pengarang menggunakan penanda wacana ini sebagai syarat sesuatu perkara.
Tambahan pula, penanda wacana ini juga dapat menjelaskan syarat bagi konteks
ayat yang mudah dah maksud yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Jenis
Subordinatif
|
Ayat
|
Waktu
|
A20,A26
|
Sebab
|
A52
|
Pengandaian
|
A110
|
Syarat
|
A76
|
Berdasarkan
hasila analisis penanda wacana yang didapati penggunaan penanda wacana jenis
subordinatif terdapat empat jenis subordinatif iaitu waktu,sebab, pengandaian
dan syarat. Jenis subordinatif waktu
terdapat dalam ayat 20 dan ayat 26 yang menggunakan perkataan semenjak dan
selama untuk menunjukkan waktu. Hasil analisis jenis subordinatif sebab pula
terdapat dalam ayat 52 yang menggunakan bahawa dan jenis subornatif pengandaian
pula dalam ayat 110 yang menggunakan perkataan sekiranya. Bagi jenis
subordinatif syarat pula digunakan dalam ayat 76 yang menggunakan perkataan
kalau
6. TEMPORAL
Menjelaskan
hubungan waktu antara dua hal atau peristiwa dan yang berkaitan dengan waktu.
Mempunyai dua jenis iaitu setara dan juga tidak setara.
a. Temporal
setara
Kebiasaannya digunakan pada ayat majmuk
setara dan penanda wacana jenis
temporal ini tidak boleh hadir pada
permulaan ayat dan akhir ayat.
(sebelum,sudah,lalu,kemudian dan seterusnya.)
Contoh ayat :
A.136 Auntie Teresa menekap kepala mama dengan
kertas tisu lalu memangku mama.
A.140
Uncle Gred meletakkan tangan di bahu papa kemudian
berbisik sesuatu.
Berdasarkan
contoh A.136 penanda wacana lalu ini
menunjukkan penanda wacana yang menghubungkan waktu yang setara. Manakala bagi A.140 pula, penanda
wacana kemudian juga menunjukkan
penghubung waktu yang setara. Pengarang hanya menggunakan penanda wacana ini
dalam menghuraikan aspek waktu yang sama dalam dua konteks ayat.
b. Temporal
tidak setara
Penanda wacana
jenis ini merupakan penanda yang mempunyai kedudukan bertingkat dan
kebiasaannya hadir pada “awal, tengah dan akhir ayat”.
(apabila, bila,
demi, hingga, ketika, sambil, sejak,setelah dan tatkala.)
Contoh
ayat :
A.11
Aku bermain dengan anak patung sambil
diperhatikan oleh mama.
A.31 Baju abang berlumuran darah ketika mama dan aku tiba di sekolah.
Berdasarkan A.11 dan A.31 penanda wacana temporal
yang tidak setara wujud di dalam ayat tersebut, iaitu ketika dan sambil.
Pengarang menggunakan penanda wacana yang menghubungkan waktu yang tidak setara
ini bagi memudahkan pembaca memahaminya serta makna yang yang ingin disampaikan
oleh pengarang.
Jenis Temporal
|
Ayat
|
Setara
|
A136,A140
|
Tidak setara
|
A11,A31
|
Jenis penanda
wacana temporal juga digunakan dalam cerpen kembalilah mama yang terdapat 2
jenis temporal, iaitu temporal jenis setara dan jenis tidak setara. Jenis
temporal jenis setara terdapat dalam ayat 136 dan ayat 140 .Jenis temporal yang
tidak setara dalam cerpen tersebut dapat dikesan dalam ayat 11 dan ayat 31.
8.2 Analisis Kuantitatif
ANALISIS KESELURUHAN JENIS PENANDA WACANA MENURUT
HENRY GUNTUR TARIGAN ( 1995)
Jenis Penanda
Wacana
|
Bilangan
Ayat
|
||||||||
0
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
|
ADVERSATIF
|
|
|
|
|
|
/
|
|
|
|
KAUSAL
|
|
|
|
|
|
|
|
/
|
|
KOORDINATIF
|
|
|
|
|
|
|
|
/
|
|
KORELATIF
|
|
|
/
|
|
|
|
|
|
|
SUBORDINATIF
|
|
|
|
|
|
/
|
|
|
|
TEMPORAL
|
|
|
|
|
/
|
|
|
|
|
Jadual
di atas menunjukkan analisis kuantitatif bagi penanda wacana di dalam cerpen
“Kembalilah Mama” berdasarkan model Henry Guntur Tarigan (1995). Secara
keseluruhan terdapat 30 jenis penanda wacana yang digunakan di dalam cerpen
ini. Bagi jenis penanda wacana adversatif hanya 5 (16.70%) jenis sahaja yang digunakan, berbeza pula
dengan penanda wacana kausal dan koordinatif yang maksimum penggunaanya iaitu
sebanyak 7 (23.33%) jenis penanda wacana. Manakala bagi jenis penanda wacana
korelatif pula,mencatat kekerapan yang paling minimun iaitu 2 (6.70%) jenis
sahaja. Akhir sekali bagi penanda wacana jenis subordinatif dan temporal
masing-masing mencatat kekerapan sebanyak 5 ( 16.70%) jenis dan 4 (13.33) jenis penanda wacana sahaja. Seperti
peratusan keseluruhan pada rajah 1
di bawah.
Berdasarkan graf bar di atas,dapat
hasil dapatan kajian kami dalam cerpen kembalilah mama menunjukkan penggunaan
penanda wacana yang paling banyak penanda wacana jenis kausal dan koordinatif
iaitu sebanyak 7 ayat menggunakannya. Penggunaan penanda wacana jenis
adversitif dan sudordinatif digunakan dalam 5 ayat dalam teks cerpen
kembalilah mama manakala jenis penanda
wacana temporal terdapat 4 menggunakannya. Jenis korelatif pula mempunyai jumlah
yang sedikit dalam penggunaannya dalam cerpen “kembalilah mama”.
Rajah 1
: Peratusan penggunaan penanda wacana dalam cerpen “Kembalilah Mama” menurut
Henry Guntur Tarigan (1995).
Berdasarkan carta pie di atas,hasil
analisis yang kami dapat penggunaan penanda wacana yang paling banyak digunakan
dalam cerpen kembalilah mama iaitu penanda wacana kausal,penand wacana
koordinatif dan subordinatif sebanyak
28% penggunaannya. Jumlah kedua terbesar yang diperolehi hasil analisis ialah
penggunaan penanda wacana korelatif
sebanyak 20% penggunaan. Jumlah peratus yang terkecil yang diperolehi
dalam analisis tersebut iaitu penggunaan penanda wacana korelatif hanya 8%
sahaja penggunaan dalam cerpen “kembalilah
mama”.
KESIMPULAN
Setelah diteliti dengan mendalam,
bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di dalam bahasa Melayu ini mempunyai
banyak kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah karya ataupun
penulisan. Seseorang penulis haruslah tahu menggunakan dan faham
akan kepentingan wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan
mempengaruhi cara pengolahan serta penyusunan struktur ayat, pembahagian
perenggan, penggunaan kosa kata dan penggunaan bahasa secara keseluruhan.
Pelajar seharusnya didedahkan dengan penggunaan penanda wacana yang betul sejak
awal lagi agar mereka tidak kekok dan dapat menggunakannya dengan berkesan di
masa hadapan. Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak jika kita
ingin melahirkan seorang penulis atau karyawan yang berkaliber suatu hari nanti
kerana semuanya bermula dengan wacana yang berkesan.
RUJUKAN
Henry Tarigan. (1995). Pengajaran
Wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Idris Aman. (2010). Analisis Wacana.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan abdul
dan Adenan Ayob. (2012). Tatabahasa Wacana. Perak : Emeritus
Publications.
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan abdul
dan Adenan Ayob. (2012). Analisis Wacana. Perak : Emeritus Publications.
No comments:
Post a Comment