Wednesday, 10 May 2017

1.0  PENGENALAN

“Wacana” berasal daripada perkataan bahasa Jawa “wocono”. “Wocono” pula daripada “woco” yang bermaksud “baca”. Dalam bahasa Inggeris, “discourse” berasal daripada bahasa Latin “discursus” yang bermakna “larian ke dan dari”. Menurut Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Tetapi, pada umumnya, wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah.

Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Dan, wacana, menurut beliau lagi, merujuk kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain, seperti morfologi atau sintaksis.” (Sanat Md. Nasir, Pengupayaan Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu di Malaysia dan Singapura dalam “dan” dan “tetapi” dari Sudut Tatabahasa Wacana (2012:21).

 

1.1 Konsep Wacana

 Sebenarnya, wacana merangkumi keseluruhan aspek komunikasi, sama ada melibatkan mesej atau teks, pengucapan, penerimaan serta situasi konteks (Mohd. Sidin, 1999). Malahan, ada sesetengah pengkaji menganggap buah fikiran juga sebagai wacana. Fairclough (2003, dalam Idris Aman, 2010) mentafsirkan wacana sebagai pandangan khusus tentang bahasa penggunaan sebagai satu unsur kehidupan sosial yang berkait rapat dengan unsur lain. Hal ini bermakna wacana berkait rapat dengan kehidupan sosial kerana digunakan dalam komunikasi.

Menurut Henry Guntur Tarigan, wacana merupakan satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang disampaikan secara lisan atau tertulis.
Asmah Haji omar pula, mendefinisikan wacana sebagai unit bahasa yang melebihi batas ayat. Hal ini bermakna, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku dan sebagainya. Menurut Mohd Rashid Md Idris et al. dalam Analisis Wacana (2012: 104) analisis wacana merujuk kepada usaha mengkaji organisasi bahasa yang melampaui peringkat ayat dan klausa. Wacana merupakan rakaman kebahasaan yang menyentuh tentang peristiwa komunikasi.

Berdasarkan definisi yang dikemukakan, terdapat persamaan berkaitan definsi wacana. Secara tuntasnya, wacana merupakan unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut, yakni tertinggi dalam tatatingkat bahasa. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk.




1.2 Konsep Penanda Wacana
Menurut Awang Sariyan (1991), penanda wacana merujuk kepada kata atau frasa perangkai ayat. Penanda wacana terdiri daripada dua jenis, iaitu yang melanjutkan maklumat atau gagasan, selain menunjukkan pertentangan maklumat atau gagasan. Roselan Baki (1994) pula menyatakan bahawa penanda wacana boleh digunakan dalam dua situasi, iaitu menghubungkan dua ayat menjadi satu ayat atau menghubungkan satu perenggan dengan satu perenggan yang lain. Oleh sebab itu, penggunaan penanda wacana dalam ayat akan membentuk perkaitan antara ayat dengan ayat atau antara ayat dengan ayat yang sebelumnya. Nik Safiah Karim et.al. (1994) pula mendefinisikan penanda wacana sebagai perkataan berfungsi untuk menghubungkan dua atau lebih daripada dua ayat sehingga menjadi satu bentuk ayat berlapis yang disebut sebagai ayat majmuk..
            Penanda wacana dibahagikan kepada dua jenis, iaitu melanjutkan maklumat atau gagasan dan menunjukkan pertentangan maklumat dan gagasan. Contoh penanda wacana daripada jenis yang melanjutkan gagasan atau maklumat ialah seperti di samping itu, selain itu, sementara itu, dengan hal demikian, dengan kata lain, oleh itu, selanjutnya, tambahan pula, demikian juga dan singkatnya. Contoh penanda wacana yang menunjukkan pertentangan gagasan atau maklumat pula seperti namun, walau bagaimanapun, meskipun demikian dan sebaliknya.




2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Kajian ini akan menerapkan kerangka analisis wacana berkaitan dengan ciri wacana, iaitu penanda wacana melalui Model Henry Guntur Tarigan (1995) berdasarkan kepada cerpen “Kembalilah Mama”. Oleh itu, pemerhatian akan dilakukan terhadap fungsi bahasa dan dimensi makna yang wujud dalam sesebuah wacana iaitu hubungan dan tekstual. Fungsi hubungan merujuk kepada cara hubungan sosial antara subjek dilakukan dan dikendalikan, manakala fungsi tekstual merujuk kepada maklumat linguistik dan situasi sosial di luar teks.

Secara ringkas, aspek pemerihalan bertujuan menjawab soalan ‘apa’ tentang wacana yang melihat wacana dari aspek bentuk dan struktur binaan teks. Aspek penjelasan pula bertujuan menjawab soalan ‘mengapa’. Pada aras ini hubung kait antara teks dengan masyarakat pengguna teks berkenaan akan ditafsir disebabkan oleh pelbagai faktor yang menyebabkan sesuatu wacana wujud dan digunakan oleh masyarakat. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa kajian ini tidak terikat kepada konteks pemikiran semata-mata tetapi saling berhubung dengan konteks yang melatarinya.

 



3.0 OBJEKTIF KAJIAN

 

Objektif kajian yang dijalankan ini adalah seperti berikut:


1.       Mengenal pasti jenis-jenis penanda wacana dalam cerpen “Kembalilah Mama” berdasarkan model Henry Guntur tarigan 1995.

2.       Menganalisis penanda wacana dalam ayat cerpen “Kembalilah Mama” berdasarkan model Henry Guntur tarigan 1995.



4.0 PERSOALAN KAJIAN

 

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mendapatkan jawapan bagi beberapa persoalan seperti berikut:

1.      Apakah jenis-jenis penanda wacana yang terdapat dalam cerpen Kembalilah Mama berdasarkan model Henry Guntur tarigan 1995?

2.      Apakah penanda wacana yang wujud berdasarkan cerpen Kembalilah Mama berdasarkan model Henry Guntur tarigan 1995?



5.0 BATASAN KAJIAN

 

5.1 Bidang Kajian

Tumpuan kajian ini hanya pada salah satu aspek komponen ciri wacana, iaitu penanda wacana berdasarkan Model Henry Guntur Tarigan (1995). Bahan yang digunakan dalam kajian ini adalah berupa bahan bertulis, iaitu cerpen Kembalilah Mama. Sebanyak 150 ayat yang dipilih untuk dianalisis. 150 ayat tersebut diambil pada bahagian awal cerpen.

 

5.2 Bahan Kajian
Bahan kajian yang dipilih berdasarkan Antologi Cerpen Anak Bumi. Antologi Cerpen ini merupakan siri karya Anugerah Persuratan Singapura. Siri karya ini merupakan gabungan cerpen-cerpen yang dihasilkan pada tahun 1993 hingga 2001. Antologi cerpen ini merupakan keluaran jilid 1 pada tahun 2003. Bahan kajian ini merupakan keluaran Majlis Bahasa yang dicetak oleh Future Print Pte Ltd.
Antologi Cerpen Anak Bumi mempunyai 255 halaman muka surat yang menghimpunkan 25 cerpen  yang telah memenangi Hadiah Persuratan dan Hadiah Penghargaan dalam Anugerah Persuratan dalam semua tahun penilaian tersebut, termasuk juga tiga buah cerpen yang telah memenangi Hadiah dalam Sayembara Sastera yang diadakan oleh MBMS sempena Anugerah Persuratan 1993. Antologi 25 cerpen ini dihasilkan oleh 15 orang penulis, 11 orang penulis lelaki dan empat orang penulis wanita, yang terdiri mempunyai latar usia, pendidikan, pekerjaan dan pengalaman yang beraneka.
            Di dalam antologi cerpen ini terdapat beberapa cerpen yang dihasilkan mengikut tahun. Cerpen Kembalilah Mama ini ditulis dan diterbitkan pada tahun 2001. Cerpen ini merupakan hasil karya daripada Maya M. J atau nama sebenarnya ialah Wan Jumaiah Bt Mohd Jubri. Cerpen Kembalilah Mama ini hanya mempunyai 7 muka surat.Cerpen Kembalilah Mama di dalam Antologi Cerpen Anak Bumi ini bermula pada halaman 202 hingga 208 muka surat. Cerpen ini dipilih kerana penulis ingin menonjolkan aras pemikiran kanak-kanak yang berusia 5 tahun yang mendapat kesan ekoran keretakan rumah tangga ibu dan bapanya. Selain itu,cerpen ini juga mempunyai jalan cerita yang menarik dan juga aras bahasa yang tidak terlalu tinggi dan sesuai semua pembaca.



5.3 Model Kajian
Model yang dipilih dalam menghasilkan kajian ini ialah model Henry Guntur Tarigan (1995). Beliau telah menghimpunkan penanda wacana kepada beberapa jenis, iaitu seperti berikut:

        i.            Adversatif
      ii.            Kausal
    iii.            Koordinatif
    iv.            Korelatif
      v.            Subordinatif

    vi.            Temporal 


6.0 METODOLOGI KAJIAN


Metodologi kajian ialah kaedah-kaedah yang digunakan dalam menghasilkan kajian ilmiah ini. Metodologi kajian ini merupakan sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan di dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan.

6.1 Kaedah Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan. Kajian kepustakaan merupakan kaedah yang terpenting dalam mendapatkan sesuatu hasil kajian. Kaedah kajian kepustakaan ini juga dikenali sebagai tinjauan pustaka. Kaedah kepustakaan ini merupakan kaedah yang memerlukan tahap pembacaan yang banyak. Seseorang perlu memperbanyakkan bahan bacaan. Kaedah ini bertujuan sebagai tinjauan dalam mengumpulkan data yang diperoleh daripada novel.
            Pengkaji menggunakan kaedah menganalisis teks secara kualitatif. Analisis teks ini merupakan kaedah untuk mengumpulkan data berdasarkan cerpen yang dipilih, iaitu antologi cerpen “Kembalilah Mama”. Data akan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Hal ini demikian kerana untuk memudahkan proses penerangan dan penjelasan.







7.0 SINOPSIS CERPEN KEMBALILAH MAMA
Cerpen “Kembalilah Mama” merupakan karya daripada Wan Jumaiah bt Mohd Jubri atau nama penanya Maya M. J. Cerita ini digarapkan oleh penulis melalui watak aku yang baru menginjak usia lima tahun. Penulis memberi gambaran bahawa aku mempunyai keluarga yang lengkap kerana mempunyai papa, mama, seorang kakak dan seorang abang. Cerpen ini mengisahkan sebuah keluarga yang mengalami masalah kepincangan kekeluargaan akibat daripada sikap papa yang sering memukul mama. Walaupun aku masih kecil tetapi dia sering melihat mamanya didera oleh papa. Pada satu hari, pihak sekolah telah menelefon mama kerana anak lelakinya bergaduh sehingga menyebabkan seorang budak lelaki pengsan dan terpaksa dibawa ke hospital. Hal ini demikian kerana anak lelakinya sering melihat bapanya memukul mama. Setelah pulang dari sekolah, mama keletihan dan terus tertidur sehingga papa pulang dari kerja. Aku melihat pergaduhan tersebut berlaku dan secara tiba-tiba aku melihat jasad mama terbaring lesu tidak bergerak dan papa menangis teresak-esak. Jirannya datang untuk memberi pertolongan dan memberitahu mama telah meninggal dunia. Pemikiran budak yang berusia lima tahun menanggap kehidupan seperti di kaca televisyen. Dia berpendapat bahawa sesuatu watak yang ditonton di kaca televisyen akan hidup kembali sekiranya mati. Oleh itu, dia berharap agar mamanya akan kembali walaupun kakaknya telah menyatakan mamanya telah meninggal dunia. 










8.0 DAPATAN KAJIAN

8.1 Analisis Kualitatif

1.      ADVERSATIF
Merupakan penanda wacana yang menyatakan makna yang berhubungan dengan pertentangan dan perbezaan.

a.       Adversatif pertentangan :  bahkan, akan, tetapi, namun

Contoh ayat :
A.85 Aku cuba menggerakkan mama dengan sepenuh tenagaku, tetapi mama tak mahu bangun.

A.125 Abang menutup telingaku, tetapi aku masih dapat mendengar barang yang dihempas.

A.130 Aku tidak menyukai akan sikap papa yang sering memukul mama.
Berdasarkan ayat di atas, penanda wacana tetapi wujud dalam contoh A.85 dan A.125, manakala penanda wacana akan pula wujud pada ayat A.130. kedua-dua contoh tersebut merupakan penanda wacana yang menunjukkan pertentangan.

b.       Adversatif perbandingan : sedangkan

Contoh ayat :
A.106 Aku bergegas ke bilik abang, sedangkan kakak masih berada di dapur.
Berdasarkan ayat A.106 di atas, penanda wacana sedangkan ini wujud bagi menunjukkan perbandingan ayat sesuatu perkara dengan perkara yang lain.





c.       Adversatid perbezaan : sebaliknya,padahal
Contoh ayat :

A.145 Aku lihat kakak dan abang menangis,sebaliknya papa terdiam.
Berdasarkan contoh pada A.145, penanda wacana sebaliknya ini telah menunjukkan perbezaan di dalam ayat tersebut. Pengarang ingin menggambarkan situasi yang berbeza di dalam ayat. Oleh itu, pengarang tidak perlu menghuraikan dengan lebih mendalam kerana penggunaan penanda wacana tersebut sudah dapat menyampaikan isi yang hendak di cerita kepada pembaca.

Jenis Adversatif
Ayat
Pertentangan
A85, A125 , A130
Perbandingan
A106
Perbezaan
A145

Dalam jadual di atas, penggunaan penanda wacana  adversatif dalam cerpen “kembalilah mama” terdapat tiga jenis iaitu jenis adversatif pertentangan, adversatif perbandingan dan adversatif perbezaan. Analisis dapatan yang diperoleh dalam cerpen “kembalilah mama” penggunaan adversatif pertentangan terdapat tiga pengarang menggunakan dalam ayat 85, ayat 125 dan ayat 130.Penggunaan Adversatif jenis perbandingan hanya digunakan sekali  sahaja iaitu dalam ayat 106 manakala penggunaan adversatif jenis perbezaan juga hanya sekali digunakan dalam cerpen tersebut  dalam ayat 145.

2.      KAUSAL
Merupakan penanda wacana sebab atau kausal iaitu menjelaskan bahawa sesuatu peristiwa itu terjadi kerana mempunyai sebab yang tertentu. Jika subjeknya itu adalah sebab, maka predikatnya merupakan akibatnya. Mempunyai beberapa jenis iaitu:

a.       Kausal syarat : jika, bila, kalau
Contoh ayat :

A.30 Abang menolak bila aku cuba memeluknya.
A.35 Mama akan dipukul oleh papa jika tidak menuruti kehendaknya.
Berdasarkan contoh ayat yang diberikan pada A.30 dan A.35, menunjukkan penanda wacana syarat. Hal ini demikian kerana pengarang menggunakan penanda wacana  cuba dan jika ini bagi menjelaskan syarat bagi sesuatu perkara.

b.      Kausal alasan : kerana,sebab
Contoh ayat :

A.7 Mama suruh aku bermain dengan Wati dulu, sebab mama nak berbual dengan   Mak Cik Eton.
A.45 Aku tak tahu apa yang harus dimarahkan kerana kata kakak, abang yang memulakan pergaduhan itu.
Berdasarkan ayat A.7 dan A.45 penanda wacana sebab dan kerana ini menunjukkan penyebab kepada sesuatu situasi yang berlaku. Pengarang hanya menggunakan penanda wacana ini dalam menyatakan alasan mengapa sesuatu perkara itu terjadi.

d.      Kausal kesimpulan :jadi,dengan demikian
Contoh ayat :

A.78 Aku tidak mahu ada ujian seperti kakak dan mama jadi aku lebih seronok menonton televisyen.
Berdasarkan contoh ayat A.78,  pengarang menggunakan penanda wacana jadi bagi menyimpulkan sesuatu perkara. Oleh itu, pengarang hanya menggunakan penanda wacana jadi ini sahaja tetapi pembaca sudah dapat mengetahui kesimpulan kecil bagi ayat tersebut.
e.       Kausal akibat :sehingga, maka, kerana itu,sebab itu.
Contoh ayat:
A.79 Sekiranya aku dewasa kelak,maka aku akan menerima nasib yang sama seperti mama.
       A.6 Seharusnya hari ini semua orang ceria kerana hari adalah hari lahirku.
Berdasarkan contoh ayat yang diberikan pada A.79 dan A.6 menunjukkan pengarang menggunakan kerana dan maka bagi menunjukkan kesan akibat daripada sesuatu perkara itu berlaku.
Jenis Kausal
Ayat
Syarat
A30,A35
Alasan
A7,A45
Kesimpulan
A78
Akibat
A79,A6






Berdasarkan jadual di atas,analisis penanda wacana jenis kausal juga digunakan dalam cerpen “kembalilah mama”.Penggunaan penanda wacana kausal terdapat 4 jenis iaitu syarat ,alasan,kesimpulan dan akibat. Penggunaan jenis kausal syarat menggunakan cuba dan jika dapat dikesan dalam ayat 30 dan ayat 35 manakala jenis kausal alasan terdapat dalam ayat tujuh dan ayat 45 yang menggunakan perkataan kerana dan sebab.
Analisis jenis jenis kausal kesimpulan pula terdapat satu sahaja penggunaan dalam ayat 78 yang menggunakan perkataan  jadi. Kausal jenis akibat juga digunakan sebanyak dua kali dalam cerpen ini iaitu dalam ayat 6 dan ayat 79 yang menggunakan perkataan  maka dan kerana. Secara keseluruhan ,penggunaan penanda wacana kausal terdapat tujuh kali dalam cerpen “kembalilah mama”.

3. KOORDINATIF
Merupakan penanda wacana yang menghubungkan dua unsur sintaksis atau kata atau lebih di dalam sesuatu ayat yang memiliki kedudukan yang setara atau mempunyai status yang sama baik unsur itu klausa,kata atau frasa. Mempunyai beberapa jenis iaitu :

a. Dan
Merupakan penanda wacana yang menghubungkan penanda hubungan penambahan antara kata di dalam ayat.
Contoh ayat :

A.8 Aku ke taman berdekatan dan bermain buaian bersama wati.
A.25 Aku dan mama bergegas ke sekolah abang sejurus mendapat panggilan daripada kakak.
Ayat A.8 dan A.25 di atas menunjukkan penanda wacana dan. Pengarang menggunakan penanda wacana dan ini sebagai menghubungkan dua ayat yang sama maksudnya. Apabila pengarang hanya menggunakan penanda wacana ini, pembaca sudah faham tentang maksud yang ingin disampaikan oleh pengarang.

b. Serta,dah
Menandakan hubungan pendamping antara kata di dalam ayat.
Contoh ayat :

A.50 Mama keluar daripada pejabat serta ditemani pengetua,seorang lelaki tua berkulit gelap.
A.97“ Nina dah makan, sayang?” 
Berdasarkan contoh ayat pada A.50 penanda wacana yang wujud di dalam ayat tersebut ialah serta yang menunjukkan pendamping antara ayat dan pada A.97 pula penanda wacana yang wujud ialah dah yang juga menunjukkan sampingan bagi kata dan ayat tersebut. Pengarang menggunakan penanda wacana pendamping ini bagi meringkaskan perkataan di dalam ayat tersebut.

c. Atau
Merupakan penanda hubungan pemilihan dalam suatu ayat atau tulisan.
Contoh ayat :

A.73 Aku tak kenal siapa atau apa itu nafkah.
Contoh A.73 penanda wacana atau ini merujuk kepada pilihan di dalam ayat. Pengarang turut menggunakan penanda wacana atau ini bagi menunjukkan terdapat dua pilihan di dalam ayat, tetapi dalam masa yang sama konteks yang hendak di sampaikan adalah sama.

e. Sedangkan dan Melainkan
Merupakan penanda hubungan pertentangan antara kalimat atau kata.
Contoh ayat :

A.149 Sikap baran papa tiada siapa yang boleh mengubah,melainkan papa sendiri yang mengubahnya.
A.100 Mama sering dipukul oleh papa, sedangkan mama menurut segala kehendak papa.
Berdasarkan A.149 penanda wacana yang wujud di dalam ayat tersebut ialah melainkan
Jenis Koordinatif
Ayat
Dan
A8,A25
Serta,Dah
A50,A97
Atau
A73
Padahal, Sedangkan, Melainkan
A149,A100






           
Hasil yang kami dapat dalam cerpen “kembalilah mama” penanda wacana            jenis koordinatif terdapat tujuh kali penggunaannya. Misalnya,jenis koordinatif yang menggunakan perkataan “dan” dapat dikesan dalam ayat lapan dan ayat 25. Jenis koordinatif yang menggunakan perkataan serta dan dah terdapat 2 kali penggunaan iaitu dalam ayat 50 dan ayat 97.Contoh jenis koordinatif atau pula dapat dikesan dalam ayat 73 dan jenis koordinatif yang menggunakan perkataan melainkan dan sedangkan terdapat dalam ayat 100 dan ayat 149

4. KORELATIF
Merupakan penanda wacana yang terdiri kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh salah satu kata, frasa atau klausa yang dihubungkan.  Turut menyatakan hubungan perlawanan dan juga mempunyai hubungan yang saling mempengaruhi dan melengkapi antara satu sama lain.
 ( semakin…semakin, tidak hanya…tetapi juga, sehingga…demikian, baik…mahupun dan sehingga…demikian rupa dan entah )

Contoh ayat :
A.120  Entah hidup entah mati kawan yang abang pukul itu.
A.117  Semakin mama melawan, semakin papa naik berang.
Berdasarkan contoh A.120 penanda wacana entah...entah digunakan di dalam ayat dan A.117 pula penanda wacana semakin...semakin digunakan di dalam ayat. pengarang menggunakan penanda wacana ini sebagai penanda wacana yang menunjukkan berpasangan.
Jenis Korelatif
Ayat
semakin…semakin,
tidak hanya…tetapi juga, sehingga…demikian, baik…mahupun dan sehingga…demikian rupa dan entah…entah
A117
-
-
-
-
A120








     Seterusnya ialah penanda wacana koleratif juga digunakan oleh pengarang dalam cerpen “kembalilah mama” tetapi cuma sedikit yang digunakan. Misalnya ,ayat yang menggunakan penanda jenis korelatif  dalam ayat 117 yang menggunakan perkataan semakin..semakin dan ayat 120 yang menggunakan perkataan entah. Hasilnya,terdapat 2 sahaja penggunaan penanda jenis korelatif jenis ini.

5. SUBORDINATIF
Merupakan penanda wacana yang menghubungkan dua unsur sintaksis yang merupakan klausa dan tidak memiliki status yang sama atau tidak sama tarafnya.Terdapat beberapa jenis iaitu:

a. Penanda hubungan waktu
   ( sejak, semenjak, ketika, sementara, begitu, selama, demi, setelah,sesudah, sebelum 
     hingga, sampai. )
Contoh ayat :

A.20 Mama menjadi seorang yang pendiam semenjak sikap papa yang semakin melampau.
A.26  Selama ini mama memendamkan perasaannya sehingga satu tahap mama tidak lagi kuat.
Berdasarkan A.20 penanda wacana wujud dalam ayat tersebut ialah semenjak manakala pada A.26 penanda wacana sehingga juga menunjukkan ayat yang menghubungkan waktu. Pengarang menggunakan penanda wacana ini sebagai penghubung waktu dan masa.

b. Penanda hubungan sebab
( bahawa, kerana,oleh kerana, oleh sebab )
Contoh ayat :

A.52Aku cuba menerangkan bahawa hari ini ialah hari lahirku, tapi mama mencelah. 
Berdasarkan A52 bahawa merupakan penanda wacana yang menghubungkan sebab sesuatu perkara. Hal ini menunjukkan pengarang menggunakan bahawa ini untuk menerangkan sesuatu perkara ke arah sebab sesuatu perkara berlaku.
            c. Penanda Pengandaian
             ( andaikan,seumpamanya, sekiranya,seandainya,seolah-olah,seperti,sebagai,ibarat )
Contoh ayat :

A.110 Pergaduhan itu tidak akan berlaku sekiranya abang tidak melihat sikap papa yang selalu memukul mama.
Berdasarkan ayat di atas, A.110 mempunyai penanda wacana sekiranya. Pengarang menggunakan penanda wacana ini sebagai tujuan untuk mengandaikan atau memberikan persamaan dan ibarat bagi sesuatu perkara itu terjadi.






            d. Penanda hubungan syarat
              ( jika,kalau,jikalau,asalkan,bila,manakala)
                        Contoh ayat :
                        A.76 Kalau begitu tanggungjawab perempuan, aku tak mahu dewasa. 
Berdasarkan contoh pada A.76, penanda wacana kalau ini menunjukkan hubungan syarat. Pengarang menggunakan penanda wacana ini sebagai syarat sesuatu perkara. Tambahan pula, penanda wacana ini juga dapat menjelaskan syarat bagi konteks ayat yang mudah dah maksud yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Jenis Subordinatif
Ayat
Waktu
A20,A26
Sebab
A52
Pengandaian
A110
Syarat
A76
      





Berdasarkan hasila analisis penanda wacana yang didapati penggunaan penanda wacana jenis subordinatif terdapat empat jenis subordinatif iaitu waktu,sebab, pengandaian dan syarat. Jenis subordinatif  waktu terdapat dalam ayat 20 dan ayat 26 yang menggunakan perkataan semenjak dan selama untuk menunjukkan waktu. Hasil analisis jenis subordinatif sebab pula terdapat dalam ayat 52 yang menggunakan bahawa dan jenis subornatif pengandaian pula dalam ayat 110 yang menggunakan perkataan sekiranya. Bagi jenis subordinatif syarat pula digunakan dalam ayat 76 yang menggunakan perkataan kalau

6. TEMPORAL
Menjelaskan hubungan waktu antara dua hal atau peristiwa dan yang berkaitan dengan waktu. Mempunyai dua jenis iaitu setara dan juga tidak setara.

a. Temporal setara
    Kebiasaannya digunakan pada ayat majmuk setara dan penanda wacana jenis 
    temporal ini tidak boleh hadir pada permulaan ayat dan akhir ayat.
    (sebelum,sudah,lalu,kemudian dan seterusnya.)
             Contoh ayat :

A.136 Auntie Teresa menekap kepala mama dengan kertas tisu lalu memangku mama.
A.140 Uncle Gred meletakkan tangan di bahu papa kemudian berbisik sesuatu.
Berdasarkan contoh A.136 penanda wacana lalu ini menunjukkan penanda wacana yang menghubungkan waktu yang  setara. Manakala bagi A.140 pula, penanda wacana kemudian juga menunjukkan penghubung waktu yang setara. Pengarang hanya menggunakan penanda wacana ini dalam menghuraikan aspek waktu yang sama dalam dua konteks ayat.

b. Temporal tidak setara
Penanda wacana jenis ini merupakan penanda yang mempunyai kedudukan bertingkat dan kebiasaannya hadir pada “awal, tengah dan akhir ayat”.
(apabila, bila, demi, hingga, ketika, sambil, sejak,setelah dan tatkala.)
Contoh ayat :

A.11 Aku bermain dengan anak patung sambil diperhatikan oleh mama.
A.31  Baju abang berlumuran darah ketika mama dan aku tiba di sekolah.
Berdasarkan A.11 dan A.31 penanda wacana temporal yang tidak setara wujud di dalam ayat tersebut, iaitu ketika dan sambil. Pengarang menggunakan penanda wacana yang menghubungkan waktu yang tidak setara ini bagi memudahkan pembaca memahaminya serta makna yang yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Jenis Temporal
Ayat
Setara
A136,A140
Tidak setara
A11,A31




Jenis penanda wacana temporal juga digunakan dalam cerpen kembalilah mama yang terdapat 2 jenis temporal, iaitu temporal jenis setara dan jenis tidak setara. Jenis temporal jenis setara terdapat dalam ayat 136 dan ayat 140 .Jenis temporal yang tidak setara dalam cerpen tersebut dapat dikesan dalam ayat 11 dan ayat 31.
8.2 Analisis Kuantitatif

ANALISIS KESELURUHAN JENIS PENANDA WACANA MENURUT HENRY GUNTUR TARIGAN ( 1995)
Jenis Penanda Wacana

 Bilangan  Ayat
0
1
2
3
4
5
6
7
8
ADVERSATIF





  /



KAUSAL







  /

KOORDINATIF







   /

KORELATIF


  /






SUBORDINATIF





/



TEMPORAL




   /












                                                                                                                                    
Jadual di atas menunjukkan analisis kuantitatif bagi penanda wacana di dalam cerpen “Kembalilah Mama” berdasarkan model Henry Guntur Tarigan (1995). Secara keseluruhan terdapat 30 jenis penanda wacana yang digunakan di dalam cerpen ini. Bagi jenis penanda wacana adversatif hanya 5 (16.70%)  jenis sahaja yang digunakan, berbeza pula dengan penanda wacana kausal dan koordinatif yang maksimum penggunaanya iaitu sebanyak 7 (23.33%) jenis penanda wacana. Manakala bagi jenis penanda wacana korelatif pula,mencatat kekerapan yang paling minimun iaitu 2 (6.70%) jenis sahaja. Akhir sekali bagi penanda wacana jenis subordinatif dan temporal masing-masing mencatat kekerapan sebanyak 5 ( 16.70%) jenis dan 4 (13.33)  jenis penanda wacana sahaja. Seperti peratusan keseluruhan pada rajah 1 di bawah.
Berdasarkan graf bar di atas,dapat hasil dapatan kajian kami dalam cerpen kembalilah mama menunjukkan penggunaan penanda wacana yang paling banyak penanda wacana jenis kausal dan koordinatif iaitu sebanyak 7 ayat menggunakannya. Penggunaan penanda wacana jenis adversitif dan sudordinatif digunakan dalam 5 ayat dalam teks cerpen kembalilah  mama manakala jenis penanda wacana temporal terdapat 4 menggunakannya. Jenis korelatif pula mempunyai jumlah yang sedikit dalam penggunaannya dalam cerpen “kembalilah mama”.










Rajah 1 : Peratusan penggunaan penanda wacana dalam cerpen “Kembalilah Mama” menurut Henry Guntur Tarigan (1995).

Berdasarkan carta pie di atas,hasil analisis yang kami dapat penggunaan penanda wacana yang paling banyak digunakan dalam cerpen kembalilah mama iaitu penanda wacana kausal,penand wacana koordinatif dan subordinatif  sebanyak 28% penggunaannya. Jumlah kedua terbesar yang diperolehi hasil analisis ialah penggunaan penanda wacana korelatif  sebanyak 20% penggunaan. Jumlah peratus yang terkecil yang diperolehi dalam analisis tersebut iaitu penggunaan penanda wacana korelatif hanya 8% sahaja penggunaan dalam cerpen “kembalilah mama”.






KESIMPULAN
Setelah diteliti dengan mendalam, bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di dalam bahasa Melayu ini mempunyai banyak kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah karya ataupun penulisan.  Seseorang penulis haruslah tahu menggunakan dan faham akan kepentingan wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan mempengaruhi cara pengolahan serta penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata dan penggunaan bahasa secara keseluruhan. Pelajar seharusnya didedahkan dengan penggunaan penanda wacana yang betul sejak awal lagi agar mereka tidak kekok dan dapat menggunakannya dengan berkesan di masa hadapan. Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak jika kita ingin melahirkan seorang penulis atau karyawan yang berkaliber suatu hari nanti kerana semuanya bermula dengan wacana yang berkesan.















RUJUKAN


Henry Tarigan. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Idris Aman. (2010). Analisis Wacana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan abdul dan Adenan Ayob. (2012). Tatabahasa Wacana. Perak : Emeritus Publications.  

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan abdul dan Adenan Ayob. (2012). Analisis Wacana. Perak : Emeritus Publications.

No comments:

Post a Comment